BAHAGIAN A:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
3 Sistem Atmosfera
3.1 Struktur dan kandungan atmosfera
Eksosfera, Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera.


Termosfera/Ionosfera

- Suhu Meningkat menigikut ketinggian sehingga 1000'C
- Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.
- Berlaku pemisahan electron bercas negatif dari atom oksigen dan molekul Nitrogen.
- Penting Untuk Telekomunikasi.
Mesosfera
- Ketinggian sehingga 80 Km. Suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90'C.
- Di kawasan ini mengandungi/ wujud awan noktilusen.
- bahan meteor mula terbakar disini.
stratosfera
- Ketinggian sehingga 50 Km, Suhu Bertambah secara perlahan- lahan mengikut Ktinggian.
- lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.
- mengandungi gas ozon. kebanyakkan bahan meteor memasuli kawasan ini.
Troposfera
- Ketebalan Kira2 8 Km Meliputi 25% daripada jisim bumi
- pengurangan suhu 6.5'C bagi setiap1000m
- kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.
Kandungan Atmosfera

Peranan Atmosfera
- Kepada Biologi
- Pksigen- Penyokong Kepada Semua Kehidupan Di Permukaan Bumi.
2. Mencorakkan Kontur Permukaan Bumi
- Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.
- Tindakan unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.
3. Kekayaan Semulajadi
- Perlombongan Logam dan simpan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.
4. Perdagangan / Rekreasi
- Perdagangan pada zaman dulu mengunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
5. Membentuk dan mempengaruhi Cuaca
- Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.
- manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.
3.2 Cuaca dan Iklim
Konsep Cuaca dan iklim :KELEMBAPAN UDARA KESTABILAN UDARA, SEJATAN, PEMELUWAPAN DAN AWAN.
Menjelaskan Kelembapan Udara
Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara (atmosfera) pada masa-masa tertentu. Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis:
Kelembapan Mutlak
Bermaksud jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketumpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter padu (g/m3).
Kelembapan Bandingan
Bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.
Menjelaskan Proses Sejatan
Konsep
Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan berlaku pada permukaan air.
Proses
Wap air yang tersejat akan naik ke atas kerana ia menjadi ringan (berbentuk gas). Sejatan berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.
Faktor
Faktor yang mempengaruhi proses sejatan:-
i. Suhu
ii. Tekanan wap
iii. Angin dan Turbulens
iv. Kemasinan air
v. Kelembapan bandingan
vi. Luas permukaan air.
Pemeluwapan
Konsep
Ditakrifkan sebagai wap air kepada cecair (titisan air). Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan mengalami perubahan. Titisan –titisan air ini (cecair) akan terapung di atmosfera sebagai awan.
Proses
Berlaku apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun (0°C). Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik, iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik, maka suhu dalamnya semakin menurun.
Faktor
Faktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan:-
i. Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup
ii. Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
iii. Mesti terdapat nukleus pemeluwapan.
Pembentukan Awan
Konsep
Awan ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara dan biasanya wujud dalam kawasan ketinggian kurang dari 12000 meter. Awan biasanya terjadi hasil daripada pemeluwapan di aras yang tinggi.
Proses
Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk. Awan cumulonimbus melalui urutan berikut ini untuk menghasilkan hujan:

2. Penyatuan : Kemudian awan-awan kecil ini bergabung, menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.
3. Penumpukan : Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan ke atas pada bahagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas pada bahagian tengah awan lebih kuat berbanding dengan pada bahagian pinggir. Hasilnya kumpulan awan ini tumbuh semakin besar secara menegak, sehingga seolah-olah awan ini ditumpuk-tumpuk. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh awan mencapai kawasan yang lebih sejuk pada lapisan atmosfera atas. Di sanalah titisan-titisan air dan butiran ais terbentuk dan mula tumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan ais ini telah lebih besar dan berat berbanding dengan dorongan ke atas yang menyokong mereka, jatuhlah air dan ais ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan ais.
Jenis2 Kerpasan dan mekanisme pembentukan Hujan Perolakan dan Orografik
Kerpasan
Konsep
Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi
sebagai cecair atau pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan, hujan batu, hujan gerimis dan salji.
Proses
Sebelum berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau
kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan
tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai hujan,hujan batu dan salji.
Faktor pembentukan kerpasan (terdapat 2 teori):-
i. Teori Bergeron - findeisen
- Pertumbuhan hablur ais.
ii. Teori Perlanggaran
- Pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui pelanggaran oleh
titisan-titisan air yang jatuh.
Jenis Kerpasan di Kawasan Tropika Lembab
i) Hujan Perolakan
Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk awan kumulus dan kumulonimbus.
Proses dan Faktor
Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.Udara disebelah atasnya di panaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba.Air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila menjadi lebih ringan dan naik ke aras yang lebih tinggi. Udara yang telah dipanaskan tadi,akan naik ke lapisan di troposfera secara perolakan.apabila sampai ke paras pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin sejuk daripada
awan di skelilingnya. Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun
sebagai hujan perolakan.
Hujan Orografik (Hujan Bukit)
Konsep
Hujan ini terbentuk akibat daripada pemeluwapan yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Biasanya hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan.
Proses
Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Apabila berlaku tiupan angin, ke atas awan-awan tadi ,udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai hujan.
Imbangan Bahangan
Imbangan haba merujuk kepadakeseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi (atmosfera) dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula keangkasa.
Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaranmatahari yang keluar.
Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut.
Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari.
Proses Pemindahan Haba
Terdapat 4 proses pemindahan haba iaitu:i) Proses Serakan - Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.

ii) Proses Serapan - Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.
Bahangan Matahari ( Gelombang Pendek )
iii) Proses Pantulan - bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal).
iv) Proses Albedo - Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan. Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung.
Taburan Suhu Secara Menegak
Konsep
Taburan Suhu Menegak Mengikut Ketinggian

Faktor
Penurunan mengikut tinggi (suhu jatuh mengikut ketinggian dalam atmosfera sehingga 8 km dari permukaan bumi).
Semakin tinggi kita naik suhu akan semkin turun secara bertentangan di sebabkan kandungan atmosfera semakin nipis pada kedudukan tinggi dari muka bumi. Penipisan atmosfera mengurangkan keupayaan atmosfera menyimpang haba.
Taburan Suhu Secara Mendatar
Konsep
Taburan Suhu Mendatar Mengikut Garis Lintang
Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau ruang di permukaan bumi. Suhu sebenarnya terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang menyebabkan persekitaran menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat.
Pada umumnya, bumi merupakan satu kawasan "Sumber Haba" kecuali di kawasan yang terletak berhampiran dengan Kutub yang dikenali sebagai kawasan "Lekukan Haba". Di sekitar bahagian tengah bumi, iaitu di antara garislintang rendah hingga ke garisan lintang sederhana ( 0ohingga ke 60oU/S ) , terdapat satu kawasan "Sumber Haba" iaitu kawasan sumber haba berlebihan ( + imbangan haba). Di dalam kawasan ini, jumlah tenaga bahangan yang diterima daripada matahari (iaitu gelombang Bahangan Pendek) adalah sentiasa berlebihan jika dibanding dengan jumlah haba bahangan bumi yang dipancarkan keluar ke angkasa lepas pada waktu malam (iaitu gelombang bahangan panjang).
Sebaliknya, di kawasan yang terletak dari ( 60oU/S ke 90oU/S)terdapat dua kawasan yang dikenali sebagai "Lekukan Haba". Jumlah haba yang diterima di dalam bentuk bahangan gelombang pendek adalah sentiasa kurang daripada jumlah haba yang dipancarkan keluar oleh bumi ke angkasa lepas di dalam bentuk Gelombang Panjang.
kenapa buat anti copy. saya mahu copy :( dan baca kat rumah , internet kat rumah takda
ReplyDeleteizinkan saya copy untuk pembacaan
ReplyDeletesaya nak copy tapi tak dpt harap dpt copy T_T
ReplyDeletethanks alot sweet
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteNota padat . wow Amazing dgn imaginasi
ReplyDeleteNota padat . wow Amazing dgn imaginasi
ReplyDeleteBgus maklumat ni...blh copy baa....spa blng anti copy😂😂
ReplyDeletewow menarik
ReplyDeleteGood
ReplyDeletegood ..
ReplyDeleteLapisan pertama troposfera kan?
ReplyDeletebukankah lapisan pertama adalah Troposfera??? lalu diikuti oleh Stratosfera???
ReplyDeleteManah,manah,manah
ReplyDelete