Geografi STPM + Penggal 1




Geografi STPM + Penggal 1



BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEM BUMI

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.

*Sistem Atmosfera

Saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.

*Sistem Geomorfologi

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro atau yg mikro.

*Sistem Hidrologi

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

*Sistem Ekologi

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

JENIS-JENIS SISTEM

  • Terpencil – mempunyai sempadan yang nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga.
  • Tertutup  – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan.
  • Terbuka  – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya.




1.2 SISTEM SURIA 


Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet-planet dan bintang-bintang yg mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8 buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa).

Nebula atau Galaksi

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti / Milky Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang. Bumi merupakan salah satu planet yang menerima tenaga dari Matahari.



1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA


  • Bumi berbentuk sfera, rata sedikit di bahagian kedua-dua kutubnya ,
  • Mempunyai diameter 12753 km
  • Terdiri daripada lapisan litosfera ( kerak bumi), mantel dan teras bumi,
  • Sentiasa berputar di atas paksinya yang condong dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap Sambil bergerak mengelilingi matahari dan mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap.



Kerak Bumi
  • Lapisan Diluar Sekali
  • Lapisan Paling Nipis
  • Meliputi Benua(SIAL) dan Lautan (SIMA)
  • Batuan Jenis Granit dan Basal
  • Ketumpatan Batuan 2.7-3






   Mantel
  • Lapisan Pertengahan
  • Lapisan Tidak Stabil
  • Lapisan Dalam Bentuk Pepejal & Cecair
  • Batuan Jenis Granit dan Basal ketumpatan 5.5
Teras Bumi
  • Lapisan Paling Dalam
  • Bentuk Pepejal
  • Lapisan yang luar bentuk cecair
  • Mengandungi Nikel Dan Besi

Putaran dan Edaran Bumi

  • Pergerakan bumi mempunyai satu orbit yang tetap
  • Bumi yang beredar mengelilingi matahari juga berputar pada paksinya. ianya beredar dengan kelajuan 3600 kilometer sejam
  • Bumi berputar pada paksinya 23.5 D. daripada satah tegak
  • Arah putar bumi adalah dari barat- timur. satu putaran 360 D mengambil masa 23 jam 56 minit.
  • peredaran mengelilingi matahari mengambil masa 365 hari.
  • putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam
  • Jarak yang paling Dekat (147 Juta Km) dengan Matahari ialah pada 3 Januari dan dikenali sebagai Perihelion manakala jarang yang paling jauh (152 Juta Km) dengan matahari ialah pada 4 Julai dikenali sebagai afelion.
  • putaran dan peredaran berlaku serentak. bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari. pergerakan2 ini menyebabkan kejadian siang dan malam kejadian 4 musim dan perbezaan waktu tempatan.




Jelaskan kesan peredaran bumi bumi mengelilingi matahari


1. Kejadian empat musim


Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mcngalami musim lurah.
Pada 21 Jun ( solstis musim panas) , kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk.
Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera sclalan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.

2. Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan semasa solstis ·


Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama
Pada 22 Disember ( soltis musim sejuk ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami panjang waktu malarn hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama.

3. Kejadian gerhana


Apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan - bayang bumi akan jatuh pada bulan dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Sekiranya bulan berada antara bumi dengan matahari maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan matahari dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku gerhana matahari.

4. Perubahan kedudukan ketinggian matahari tengah hari


Kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22 Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.


5. Kejadian perihelion dan afelion


Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips. Prihelion (near sun) - paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3 januari manaka efelion (away from) pula -paling jauh iaitu kira kira 152 juta km yang berlaku pada 4 Julai.






1.4 TENAGA

Konsep Tenaga

Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti . Tenaga terdpt dlm pelbagai bentuk spt tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, tenaga pendam dan juga tenaga elektrik.


Tenaga Endogenik

Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba.


Tenaga Eksogenik

Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasil tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya ditukar kpd tenaga haba.


Tenaga potensi

Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad krn kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai – semakin byk isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.


Tenaga kinetik

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yg terhasil.


Tenaga Graviti:

Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kpd saiz jisim dan ketinggian jisim itu.


Tenaga Haba

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas

Tenaga haba pendam

iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu jisim sehingga dibebaskan.
Sinaran suria Merujuk kpd bahangan m/hari yg diterima bumi dlm bentuk gelombang pendek (0.48 mikron)


Sinaran bumi

Dikenali sebagai bahangan teresterial yg dibebaskan ke atmosfera dlm bentuk gelombang panjang (10 mikron).


Hukum Boyle

Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari kws tekanan tinggi ke kws tekanan rendah.


13 comments: